Wednesday, 9 March 2016

KONSEP, TUJUAN DAN CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Nama Ahli Kumpulan

Yasmin Binti Aminuddin                  16DKA15F2045

Zainatudiana Binti Mat Ralik           16DKA15F2047

Farah Liyana Binti Burhanuddin       16DKA15F2048 

KONSEP, TUJUAN DAN CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kesimpulan

     Kesimpulannya, dengan adanya Perlembagaan, negara ini ditadbir dengan efisyen dan sistematik. Seseorang warganegara perlu mempelajari dan mengetahui undang-undang yang diguna pakai di dalam negaranya. Hal ini kerana segala tindak-tanduknya akan diadili oleh undang-undang. Dengan mempelajari Perlembagaan Malaysia juga seseorang warganegara itu tahu di mana mereka harus merujuk sama ada kerajaan negeri atau kerajaan pusat jika mereka menghadapi masalah dalam kehidupan dan pekerjaan mereka.

     Setiap warganegara Malaysia mendapat tempat dalam Perlembagaan negara. Tidak kira bangsa dan agama sekalipun, mereka mempunyai kedudukan dan keistimewaan tersendiri. Setiap bangsa perlu menghormati keistimewaan bangsa-bangsa lain.

     Setiap warganegara Malaysia perlu sedar bahawa walaupun terdapat peruntukan kebebasan asasi setiap warganegaranya adalah bebas melakukan apa-apa sahaja. Walaubagaimanapun, kebebasan ini ada hadnya. Kebebasan yang boleh menjejaskan keamanan negara perlu dielakkan kerana ia boleh memusnahkan negara.

Tuesday, 8 March 2016

KONSEP, TUJUAN DAN CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Pengajaran

  • Penggubalan Perlembagaan Malaysia telah melalui proses yang panjang dan hal ini menunjukkan bahawa Perlembagaan Malaysia ialah perkara penting bagi sesebuah negara yang berdaulat.
  • Perlembagaan adalah yang tertinggi dalam negara mengatasi badan-badan pemerintahan yang lain seperti YDPA, Parlimen dan Kabinet.
  • Pembentukan Perlembagaan sehingga kini menjadi asas kepada perpaduan negara Malaysia.
  • Setiap individu atau warganegara Malaysia adalah tertakluk kepada undang-undang negara.