Kesimpulan
Kesimpulannya, dengan adanya Perlembagaan, negara ini ditadbir dengan efisyen dan sistematik. Seseorang warganegara perlu mempelajari dan mengetahui undang-undang yang diguna pakai di dalam negaranya. Hal ini kerana segala tindak-tanduknya akan diadili oleh undang-undang. Dengan mempelajari Perlembagaan Malaysia juga seseorang warganegara itu tahu di mana mereka harus merujuk sama ada kerajaan negeri atau kerajaan pusat jika mereka menghadapi masalah dalam kehidupan dan pekerjaan mereka.
Setiap warganegara Malaysia mendapat tempat dalam Perlembagaan negara. Tidak kira bangsa dan agama sekalipun, mereka mempunyai kedudukan dan keistimewaan tersendiri. Setiap bangsa perlu menghormati keistimewaan bangsa-bangsa lain.
Setiap warganegara Malaysia perlu sedar bahawa walaupun terdapat peruntukan kebebasan asasi setiap warganegaranya adalah bebas melakukan apa-apa sahaja. Walaubagaimanapun, kebebasan ini ada hadnya. Kebebasan yang boleh menjejaskan keamanan negara perlu dielakkan kerana ia boleh memusnahkan negara.