Ciri-ciri Perlembagaan
Secara umumnya, Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu Perlembagaan Bertulis dan Perlembagaan Tidak Bertulis.
- Perlembagaan Bertulis - merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sebuah dokumen. Perlembagaan bertulis ini mengandungi tiga sifat yang utama, iaitu:
- kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.
- Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan, tetapi Parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.
- Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi perkembagaan.
- Perlembagaan Tidak Bertulis - merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen, contohnya Akta Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis, iaitu Parlimen mendapat kuasa daripada perlembagaan.
No comments:
Post a Comment