- Mewujudkan pemerintahan yang adil - kewujudan perlembagaan dari segi sejarah berdasarkantolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, walaupun perlembagaan persekutuan memperuntukkan agama Islam sebagai agama Persekutuan/rasmi negara (dalam Bahagian 1, Perkara 3(1)), tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia.
- Mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat - Perlembagaan Persekutuan Malaysia bukan sahaja memperuntukkan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada rakyat. Keadan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada dominasi kuasa oleh sesuatu pihak. Sebagaimana yang digariskan dalam perlembagan, terdapat beberapa peruntukan khas tertentu untuk YDPA serta sultan/raja/Yang Dipertua Negeri. Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada Perlembagaan.
- Alat penyelesaian masalah - perlembagaan telah menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri. Sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman kepada seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan.
- Mengekalkan riwayat negara bangsa - mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia kerana melalui perlembagaan, sistem pentadbiran dan perjalanan undang-undang negara dapat dilaksanakan.
- Menjaga kestabilan negara - terdapatnya sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu. Namun, kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka (Bahagian 2, Perkara 10).
Saturday, 27 February 2016
KONSEP, TUJUAN DAN CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment